Tanggungjawab

Qamaré komited dalam “tanggungjawab” kosmetik , dalam erti kata lain menghormati manusia dan alam sekitar.

Menyayangi Kulit wanita
Amanah yang diperletakkan oleh kaum wanita adalah keutamaan penting untuk Qamaré . Analisa yang kerap dijalankan terhadap produk kosmetik yang terdapat di pasaran menunjukkan ada kandungan bahan-bahan yang berbahaya bagi kesihatan . Oleh itu, kami sentiasa berusaha untuk mencari formula yang paling berkesan, kami memberi perhatian teliti kepada keselamatan dan kecemerlangan rumusan kami. Semua produk kami memenuhi jangkaan tertinggi daripada pelanggan kerana ia diuji di bawah kawalan dermatologi.

Menjaga Alam Semula Jadi
Penghasilan produk Qamaré tidak akan meninggalkan kesan kepada alam semula jadi. Oleh yang demikian, Qamaré menangani persoalan biodiversiti dan kesan alam sekitar di tengah-tengah aktiviti ekonominya. Apabila memilih bahan-bahan mentah dan bahan-bahan pembungkusan, kami memilih produk organik atau produk yang dihasilkan dengan cara yang selamat. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, hampir semua pembungkusan kami telah disahkan oleh FSC.

Menyayangi Kehidupan
Setiap tahun, Qamaré melabur sekurang-kurangnya 2.5 % daripada jumlah dagangan kepada badan-badan kebajikan dan sosial dalam menyokong projek-projek untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan.