Keaslian

Keaslian

Alam semulajadi adalah sumber inspirasi untuk ciptaan Qamaré. Inspirasi ini telah mendorong kami untuk terus menyokong secara sistematik bahan-bahan aktif semulajadi.
Digabungkan dengan air glasier Alpine, kaya dengan unsur-unsur ketulinan dan 100% ekstrak semulajadi, membawa kepada penciptaan produk yang memberi kesan optimum dan tekstur yang halus.
Selain bahan-bahan aktif, kami juga hanya menggunakan bahan pengawet semulajadi dan tidak sama sekali mencampurkan bahan-bahan yang berasal daripada haiwan, parabens, phenoxyethanol, minyak mineral, propilena glikol dan phthalates kedalam formula kami kerana ia akan memberi kesan yang berbahaya kepada pengguna.
Walaubagaimanapun, di dalam kes tertentu, bahan semulajadi mungkin juga akan memberi kesan yang buruk. Oleh yang demikian, penggunaan bahan sintetik dapat dipertimbangkan dalam jumlah yang terhad, antaranya seperti minyak wangi yang terdapat minyak pati semulajadi yang boleh mengakibatkan alahan.
Qamaré sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam formula yang berkait rapat dengan bahan aktif semula jadi yang memberi keberkesanan luar biasa dan efektif.

||||| Like It 0 Like |||||